Ah Mian

Ah Mian

Monday 17 October 2011

Karya-karya murid Kelab seni dan Kraftangan~~

Karya-karya mereka~~sungguh cantik dan kreatif!! Saya sangat suka!!







Karya-karya ini ialah idea daripada Ketua panitia seni sekolah saya. Ini adalah untuk cop corak.
Karya-karya ini murid hanya buat dalam masa 30 minit sahaja!Bagus!!


Karya-karya seterusnya ialah membuat bentuk-bentuk binatang dan benda dengan menggunakan pinggan kertas.



    Adakah karya mereka cantik dan kreatif?

Pertandingan berwarna (Kelab Seni dan Kraftangan)

  Pada hari Sabtu yang lalu , iaitu 15-10-2011 .Kelab Seni dan Kraftangan telah mengadakan satu pertandingan berwarna.Murid-murid hanya diberi masa 60minit untuk menyelesaikan karya mereka....Ramai murid telah berjaya dalam tempoh masa ini untuk menghabiskan karya tersebut.

Disini , saya hendak mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang mendapat johan.




Sekian terima kasih!

Pertandingan Berwarna dan melukis Poster Hari Kebangsaan 2011

               PENDAHULUAN:                  
 Pada 7 September yang lalu , sekolah kami telah mengadakan pertandingan melukis Poster sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan jayanya.Terima Kasih kepada semua guru yang terlibat.

MAKLAMAT:
Murid-murid dapat menghargai kesenian dan menggalak mereka memperkembangkan kreativiti serta memupuk minat terhadap seni.

OBJEKTIF:
Supaya murid-murid dapat menghasilkan karya lebih kreatif dan kritis.



Murid-murid sangat suka menyertai pertandingan ini.

Saturday 15 October 2011

Funny Hippo and Dog

"Disney's THE LITTLE MERMAID" PART OF YOUR WORLD / Q;indivi

The Top 30 Disney Songs (VOTED BY THE PUBLIC)

Murid Linus Tahun 2 Literasi 2011

 
PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUAN
  • National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
  • Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
  • Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
  • Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
  • Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
  • Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
  • Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.
RASIONAL

— Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
— KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
— PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
— Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.
— Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP

— Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”

DEFINISI KONSEP

— Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”



MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI



Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’



OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.
Gambar-gambar murid semasa menjalankan aktiviti dalam kelas